Wednesday, April 6, 2011

rancangan pembelajaran harian


Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
 Tanaman Hiasan-penjagaan ( Tahun 4 )

 


Mata pelajaran                     : Kemahiran Hidup
Tarikh                                    : 7 ogos 2011
Kehadiran                            : 30/30
Masa                                      : 10.30 pagi. hingga 11.30 pagi. ( 1 jam)
Kelas                                     : 4 bestari
Bilangan Murid                    : 30 orang
Tajuk                                                  : 1.7 Tanaman Hiasan
Sub topik                              : 1.7.4 Penjagaan Tanaman Hiasan

Pengetahuan sedia ada    :                     
  1. Murid-murid mengetahui jenis tanaman hiasan
  2. Murid-murid telah mengenalpasti kaedah menanam tanaman hiasan.
           
Objektif pengajaran ; Di  akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.    Menyatakan sekurang-kurangnya lima peralatan yang digunakan untuk  penjagaan tanaman hiasan dengan betul setelah mendengar penerangan guru.
2.    Menyatakan empat daripada enam langkah penjagaan tanaman hiasan dengan tepat setelah mendengar penerangan guru.
3.    Melakukan empat  langkah-langkah penjagaan dengan tepat dan betul setelah meneliti demostrasi dan penerangan oleh guru.

Kemahiran berfikir : Membanding beza, mengkategori, menyelesaikan masalah.

Bahan bantu mengajar   : Buku teks, pokok hiasan, penyiram, serampang tangan, cangkul, racun serangga,sekateur,

Penerapan nilai murni : 
  1. Ketelitian
  2. Berdisiplin
  3. Memberi perhatian
  4. Kerjasama
  5. tekun

Strategi P&P : Deduktif, Induktif,  konstektual, konstruktif dan komunikatif, soal jawab, demonstrasi.


Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran  :

 





Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi
( 5 minit)

Menunjukkan video penjagaan tanaman.
  1. Menyoal murid tentang perkaitan tanaman dengan sesi pengajaran ini.

  1. Murid memberi maklum balas tentang video yang dilaksanakan.
Contoh jawapan
Menjaga pokok



KBKK: menjana idea,              pemikiran kreatif

Nilai: Memberi perhatian.

Strategi: Kemahiran    Berfikir.

Langkah 1
( 10 minit)

Penerangan peralatan  yang digunakan untuk penjagaan tanaman hiasan .
-       sarung tangan
-       penyiram
-       serampang tangan
-       sudip tangan
-       pemangkas
-       sekateur
-       baja





  1. Guru menerangkan peralatan yang digunakan untuk penjagaan tanaman hiasan. ( slide Power Point )
  2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang peralatan yang digunakan untuk penjagaan tanaman hiasan .
  3. Guru meminta murid menerangkan semula peralatan yang digunakan untuk penjagaan tanaman hiasan.

Penilaian .
- Menyatakan sekurang-kurangnya lima peralatan yang digunakan untuk  penjagaan tanaman hiasan dengan betul setelah mendengar penerangan guru.

BBM: slide Power Point

 Nilai: Memberi perhatian, tekun

KBKK : menyelesaikan masalah.

Strategi: Deduktif & soal jawab


Langkah 2
(15 minit)

Guru menunjukkan langkah penjagaan:
  • merumput
  • menggembur
  • membaja
  • menyiram
  • mencantas / mencantas
  • mengawal perosak dan penyakit.


  1. Murid menyaksikan langkah-langkah penjagaan tanaman hiasan dan kepentingan melakukan penjagaan tanaman hiasan dengan menggunakan slide Power Point untuk memahami konsep dan kepentingan penjagaan tanaman hiasan.
  2. Murid mengenal pasti langkah penjagaan tanaman hiasan serta alatan yang digunakan.
  3.  Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan langkah-langkah penjagaan tanaman hiasan.
  4. Guru menunjukan demonstrasi langkah-langkah penjagaan tanaman hiasan di hadapan murid iaitu :
    • merumput
    • menggembur
    • membaja
    • menyiram
    • mencantas / mencantas
    • mengawal perosak dan penyakit
  5. Guru memberi peluang kepada murid untuk menanyakan soalan dan mencuba melakukan aktiviti penjagaan setelah murid memahami langkah-langkah penjagaan dengan betul.


Penilaian.
- murid dapat menyatakan 4 daripada 6 langkah –langkah penjagaan tanaman hiasan dengan tepat setelah mendengar penerangan guru.


BBM : Kad imbasan, Slide Power Point, pokok hiasan, penyiram, serampang tangan, cangkul, baja racun serangga dan sekateur.

KBKK : Banding beza & mengkategori

Nilai: Ketelitian


Strategi: kemahiran berfikir, Kontekstual , kemahiran mendengar dan demonstrasi.


Langkah 3
(15 minit)


Amali
Demonstrasi langkah-langkah penjagaan tanaman hiasan oleh murid :
·         merumput
·         menggembur
·         membaja
·         menyiram


1.    Guru membuka peluang kepada murid untuk mencuba kaedah penjagaan tanaman hiasan.
2.    Guru bertindak sebagai pemerhati dan membetulkan setiap kesilapan yang dilakukan oleh murid.
3.    murid berada dalam kumpulan iaitu seramai 4 orang bagi setiap kumpulan.
4.    Guru menyediakan  set alatan dan bahan yang lengkap kepada murid.
5.    Murid bekerjasama dalam kumpulan melakukan langkah-langkah penjagaan tanaman hiasan mengikut penerangan dan demonstrasi yang telah diberikan oleh guru.
Penilaian.
-       murid melakukan empat langkah-langkah penjagaan dengan tepat dan betul setelah meneliti demostrasi dan penerangan oleh guru.


ABM: pokok hiasan, penyiram, serampang tangan, cangkul, baja racun serangga dan sekateur.

KBKK: Mengkategori &
Menyelesai masalah.

Nilai Murni: Kerjasama

Strategi: Konstruktif & demonstrasi.

Pengukuhan
(10 minit)


Penilaian / pengukuhan
- rujuk lampiran 1 & 2

  1. Guru membuka sesi soal jawab dengan memberi peluang kepada murid untuk mengemukakan soalan atau menyuarakan pendapat.
  2. Murid diberi lembaran kerja berkaitan konsep penjagaan tanaman hiasan.
  3. Murid menjawab dan mengisi tempat kosong pada lembaran yang diberikan.

BBM: Lembaran soalan

Nilai: Memberi perhatian,kerjasama dan ketelitian

Strategi: Kemahiran berfikir kritis dan kreatif, soal jawab.

Penutup
( 5 minit )

Rumusan isi pelajaran:
  • Kepentingan penjagaan tanaman hiasan.
  • Melakukan langkah-langkah penjagaan tanaman hiasan.


  1. Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini kepada murid
  2. guru menyoal murid secara rambang mengenai konsep dan kepentingan penjagaan tanaman hiasan.
  3. guru meminta murid merumuskan isi pelajaran.
  4. Guru mengedarkan nota ringkas dan meminta murid mengulang kaji di rumah  serta menyimpan nota.
Aktiviti susulan.
- Murid-murid diminta mengumpulkan gambar-gambar tanaman hiasan yang berkaitan topik pelajaran hari ini.

BBM : Nota ringkas

Nilai : Perhatian dan kerjasama

Strategi : Membuat rumusan.

  • KMO
  • CBL
  • PBL

No comments:

Post a Comment