Monday, February 24, 2014

mengenal nama komponen dan simbol elektronik mengunakan teknik nyanyian


cara perlaksanaan .. 

Peringkat permulaan (Set induksi)
Sesi pengajaran dimulakan dengan memberikan murid kepada 6 kumpulan. Setiap ketua kumpulan di minta untuk ke hadapan untuk mengambil sampul surat yang terdapat tugasan. Setiap kumpulan diminta untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Murid diminta mencantumkan “Puzzle” yang telah diceraikan. Setiap kumpulan diminta untuk menyatakan jawapan setelah “puzzle” dicantumkan. Setelah selesai guru mengaitkan jawapan murid dengan sesi pengajaran hari ini iaitu “Mengenal Nama, Simbol dan Komponen Elektronik”.
Langkah-langkah Pengajaran
1.      Pengenalan Elektrik dan Elektronik
Guru menerangkan pengenalan Elektrik dan Elektronik menggunakan perisian “Power Point” dan  menggunakan LCD. Murid diminta untuk menyatakan secara lisan peralatan yang mengandungi komponen elektronik yang ada di dalam kelas. Guru memilih murid secara rawak untuk menyatakan kebaikan dan keburukan peralatan yang dinyatakan soalan sebelum ini
2.      Menerangkan nama, simbol dan komponen elektronik
Saya memberikan penerangan mengenai nama, simbol dan fungsi komponen elektronik menggunakan perisian “Power Point” dan menggunakan LCD. Penerangan diberikan dengan jelas agar murid tidak terkeliru dengan simbol dan nama komponen tersebut. Dengan menggunakan “Power Point” saya menyelitkan unsur grafik supaya pengajaran lebih menarik. Murid diminta merujuk buku teks untuk supaya untuk melihat contoh-contoh nama, fungsi dan komponen elektronik. Saya memberikan penerangan kali kedua menggunakan buku teks. 
3.      Aktiviti kumpulan
Guru mengedarkan lirik lagu dan simbol komponen elektronik kepada semua murid-murid. Saya memasangkan lagu yang telah dirakam kepada murid. Saya membimbing dalam menyanyikan lagu ini. Murid diminta menyanyikan lagu berkenaan dengan bantuan “minus one”. Guru membuat pertandingan nyanyian kumpulan yang paling kreatif tanpa menggunakan lirik. Kumpulan akan dinilai dan kumpulan yang menang akan diberikan.
Penilaian
Untuk melihat pencapaian murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Saya telah mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk subjektif. Murid diberikan masa 15 minit untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Lembaran kerja ini adalah salah satu ujian untuk memastikan murid memahami pengajaran yang telah dilaksanakan oleh guru.
Penutup
Guru meminta murid menyanyi lagu komponen elektronik dengan bantuan ‘minus one’. Guru meminta murid menyatakan kembali apa yang telah dipelajari pada hari ini. Guru merumuskan pengajaran daripada jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid. 

RPH mls nk update .. selamat mencuba semua 

No comments:

Post a Comment