|
Mata pelajaran : Kemahiran Hidup
Tarikh : 7 ogos 2011
Kehadiran : 30/30
Masa : 10.30 pagi. hingga 11.30 pagi. ( 1 jam)
Kelas : 4 bestari
Bilangan Murid : 30 orang
Tajuk : 1.7 Tanaman Hiasan
Sub topik : 1.7.4 Penjagaan Tanaman Hiasan
Pengetahuan sedia ada :
- Murid-murid mengetahui jenis tanaman hiasan
- Murid-murid telah mengenalpasti kaedah menanam tanaman hiasan.
Objektif pengajaran ; Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Menyatakan sekurang-kurangnya lima peralatan yang digunakan untuk penjagaan tanaman hiasan dengan betul setelah mendengar penerangan guru.
2. Menyatakan empat daripada enam langkah penjagaan tanaman hiasan dengan tepat setelah mendengar penerangan guru.
3. Melakukan empat langkah-langkah penjagaan dengan tepat dan betul setelah meneliti demostrasi dan penerangan oleh guru.
Kemahiran berfikir : Membanding beza, mengkategori, menyelesaikan masalah.
Bahan bantu mengajar : Buku teks, pokok hiasan, penyiram, serampang tangan, cangkul, racun serangga,sekateur,
Penerapan nilai murni :
- Ketelitian
- Berdisiplin
- Memberi perhatian
- Kerjasama
- tekun
Strategi P&P : Deduktif, Induktif, konstektual, konstruktif dan komunikatif, soal jawab, demonstrasi.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran :
Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan | |
Set Induksi ( 5 minit) | Menunjukkan video penjagaan tanaman.
|
Contoh jawapan Menjaga pokok | KBKK: menjana idea, pemikiran kreatif Nilai: Memberi perhatian. Strategi: Kemahiran Berfikir. |
Langkah 1 ( 10 minit) | Penerangan peralatan yang digunakan untuk penjagaan tanaman hiasan . - sarung tangan - penyiram - serampang tangan - sudip tangan - pemangkas - sekateur - baja |
Penilaian . - Menyatakan sekurang-kurangnya lima peralatan yang digunakan untuk penjagaan tanaman hiasan dengan betul setelah mendengar penerangan guru. | BBM: slide Power Point Nilai: Memberi perhatian, tekun KBKK : menyelesaikan masalah. Strategi: Deduktif & soal jawab |
Langkah 2 (15 minit) | Guru menunjukkan langkah penjagaan:
|
Penilaian. - murid dapat menyatakan 4 daripada 6 langkah –langkah penjagaan tanaman hiasan dengan tepat setelah mendengar penerangan guru. | BBM : Kad imbasan, Slide Power Point, pokok hiasan, penyiram, serampang tangan, cangkul, baja racun serangga dan sekateur. KBKK : Banding beza & mengkategori Nilai: Ketelitian Strategi: kemahiran berfikir, Kontekstual , kemahiran mendengar dan demonstrasi. |
Langkah 3 (15 minit) | Amali Demonstrasi langkah-langkah penjagaan tanaman hiasan oleh murid : · merumput · menggembur · membaja · menyiram | 1. Guru membuka peluang kepada murid untuk mencuba kaedah penjagaan tanaman hiasan. 2. Guru bertindak sebagai pemerhati dan membetulkan setiap kesilapan yang dilakukan oleh murid. 3. murid berada dalam kumpulan iaitu seramai 4 orang bagi setiap kumpulan. 4. Guru menyediakan set alatan dan bahan yang lengkap kepada murid. 5. Murid bekerjasama dalam kumpulan melakukan langkah-langkah penjagaan tanaman hiasan mengikut penerangan dan demonstrasi yang telah diberikan oleh guru. Penilaian. - murid melakukan empat langkah-langkah penjagaan dengan tepat dan betul setelah meneliti demostrasi dan penerangan oleh guru. | ABM: pokok hiasan, penyiram, serampang tangan, cangkul, baja racun serangga dan sekateur. KBKK: Mengkategori & Menyelesai masalah. Nilai Murni: Kerjasama Strategi: Konstruktif & demonstrasi. |
Pengukuhan (10 minit) | Penilaian / pengukuhan - rujuk lampiran 1 & 2 |
| BBM: Lembaran soalan Nilai: Memberi perhatian,kerjasama dan ketelitian Strategi: Kemahiran berfikir kritis dan kreatif, soal jawab. |
Penutup ( 5 minit ) | Rumusan isi pelajaran:
|
Aktiviti susulan. - Murid-murid diminta mengumpulkan gambar-gambar tanaman hiasan yang berkaitan topik pelajaran hari ini. | BBM : Nota ringkas Nilai : Perhatian dan kerjasama Strategi : Membuat rumusan.
|